top of page

Soalan Lazim Berkenaan Pusrani

 

Pusat Rawatan Alternatif Nur Insan ini merupakan pusat rawatan yang berkonsepkan rawatan yang dilakukan dirumah Tuan/Puan samada oleh Tuan/Puan sendiri melalui pembelajaran ilmu Rawatan KAMI atau memiliki Madu Manna keluaran KAMI yang bertindak sebagai penawar penyakit (dengan izin Allah) yang dirumus bagi kegunaan rawatan mahupun pencegahan. oleh itu bagi mengurangkan sedikit kemusykilan Tuan/Puan, disini KAMI sertakan beberapa soalan yang sering bermain di fikiran pengunjung KAMI di PUSRANI ini.

01

Apakah kaedah sebenar yang digunakan di PUSRANI?

 

Kaedah terapi Al Quran ini adalah satu kaedah yang ditemui oleh pengasas KAMI iaitu Ustaz Mohd Idris Bin Ismail. Kaedah pengubatan KAMI berteraskan amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dengan pengisian tenaga frekuensi Al Quran secara teknologi terkini iaitu kaedah Bio-Elektro Photon. Teknologi berasaskan penghantaran frekuensi melalui cahaya untuk pengisian yang lebih sempurna dan berkuasa. Tidak dapat dinafikan yang perubatan cara ini memang berkesan dan cepat. Andaikata Al Quran dibacakan pada gunung nescaya boleh runtuh gunung tersebut dan bergegar arasy. Bayangkanlah betapa hebatnya tenaga yang terjurus keluar dari Nur Al Quran itu. Jika dibandingkan masalah kesihatan dalam tubuh manusia dengan gunung tadi nisbahnya terlalu kecil. Oleh itu, kesan yang terhasil pada tubuh adalah lebih cepat dan efektif

02

Bagaimana Madu Manna in merawat secara teknikalnya?

 

Keistimewaan Madu Manna ini selain dari diisikan dengan nur 30 juzuk AlQuran, zikir dan selawat. Ianya juga telah diprogramkan untuk mengaktifkan TENAGA DALAM dan KUASA MINDA pesakit dan dengan itu pemulihan masalah spiritual, mental dan fizikal akan lebih pantas. Kaedah rawatan alternatif ini dipanggil Penyembuhan Quantum (Quantum Healing). Kaedah ini telah lama digunakan di negara China dan Jepun. Sekarang ini telah berkembang dengan pesatnya di Amerika dan Eropah. Getaran dari tenaga-tenaga ini bekerja dengan meningkatkan fungsi sel-sel tubuh. Proses ini membantu tubuh menggantikan sel-sel yang rosak atau lemah dengan lebih cepat. Proses regenerasi/pertumbuhan sel organ-organ tubuh (hati, buah pinggang, pankreas, paru2, otak, jantung dan sebagainya) akan mula menurun pada usia seawal 30an dan simptom penyakit akan bermula pada umur 40an. Itu sebabnya ramai orang yang mendapat penyakit keturunan seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol, gout dan berbagai lagi pada umur 40an.

03

Bagaimana hendak mengenal pasti sesuatu produk itu diisi dgn surah Al Quran?

 

Disini kami ingin memberitahu kaedah yg paling mudah untuk mengenalinya. Pegang produk berkenaan dengan tangan kiri sambil berselawat 7 kali. Fokuskan deria rasa anda pada tapak tangan tadi. Tapak tangan atau jari tadi akan merasai getaran atau denyutan. Setiap produk mempunyai getaran yang berbeza kerana ianya bergantung kepada ilmu dan keyakinan mereka yang mengisi produk mereka. Lagi kuat getaran yang dirasai maka lagi kuat pengisian yang dibuat dan lagi berkesan dalam rawatan. Ini adalah salah satu kaedah scan yang boleh digunakan secara umum.

04

Apakah cara pengambilan Madu Manna yang disyorkan?

 

Panduan rawatan dengan Madu Manna. Untuk rawatan sihir minum madu Manna 2 kali sehari selama 7 hari, baca Bismillah & selawat 3 kali. Sukatannya 1 sudu teh plastik sebelum sarapan & sebelum tidur.

05

Apa yang dimaksudkan dengan rawatan fizikal, contohnya jantung, bagaimana?

Masalah kolestrol dan jantung, getaran atau gelombang Nur Al Quran yang ada di dalam madu ini dapat melarutkan plak kolestrol yang ada pada salur darah dan memecahkan darah beku yang boleh menyebabkan stroke atau sakit jantung. Pesakit jantung hanya perlu mengambil madu ini selama 7 hari untuk pecahkan kolestrol dalam salur darah jantung dan 7 hari lagi utk merawat hati. Rawatan yang mudah dan cepat.

06

07

08

Adakah ramai dari kalangan kita yang disihir?

Ramai orang yang kena sihir tak sedar diri mereka disihirkan. Dari statistik scanning yang kami buat ke atas jemaah solat jumaat hampir 70% diantara mereka yang kena sihir buatan orang. Pada ketika ini kes sihir ini menjadi agak serius dalam masyarakat kita. Persoalannya sekarang adakah kita atau ahli keluarga kita bebas dari sihir? 

Bagaimana untuk tahu kita disihir?

Tanda kena sihir salah satu tandanya Bermimpi binatang & serangga berbisa seperti ular, harimau, anjing, kala jengking, lipan & sebagainya.

Bagaimana pula tanda terdapat SAKA pada kita?

Tanda memiliki saka Orang yang tak boleh kawal marahnya dan berperasaan sensitif. Yang serius pula tak boleh kawal diri hingga naik syeikh.

09

Mengapa PUSRANI tidak membuat rawatan seperti pusat rawatan yang lain dimana pesakit hadir sendiri bagi menerima rawatan?

Pertama sekali SAKA, gangguan Jin dan SIHIR ini merupakan masalah yang sering berulang, oleh itu dengan memberikan ilmu berkenaannya dilihat lebih mudah untuk pesakit mencegah dengan cara memagar diri mereka, berbanding menerima rawatan selepas terkena. Pengamal-pengamal rawatan PUSRANI juga terbatas sebagai manusia untuk terus memagar dan merawat kebanyakan pesakit sepanjang masa. Dengan cara mengajarkan ilmu mengenainya dilihat lebih "praktikal" berbanding memberi rawatan berterusan. Kes-kes gangguan dan SIHIR ini juga dilihat kekerapannya boleh sampai lebih dari sekali sehari, bayangkan jika terpaksa berulang alik ke pusat rawatan, lebih dari sekali sehari.

 

Kedua, Ustaz Mohd Idris Ismail, pengasas PUSRANI juga telah mengumpul, meringkaskan dan merumuskan ilmu-ilmu rawatan Alternatif beliau menjadi lebih ringkas, mudah dan cepat kesannya untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja. Beliau melihat perubatan ini lebih serius dari yang kita sangka, yang ianya sangat mudah dan cepat berlaku pada sesiapa sahaja sekarang, nisbah perawat dan pesakit semakin melebar, menjadikan setiap dari KITA sangat disyorkan untuk mendalami ilmu berkenaan SAKA, Jin dan SIHIR ini.

 

Ketiga, beliau juga dengan izin Allah dapat merumuskan semua ilmu tenaga yang dipelajari beliau kedalam MADU MANNA keluaran PUSRANI ini, yang dilengkapkan dengan tenaga dari Al Quran itu sendiri yang merupakan sangat luarbiasa hebatnya. Tenaga dari Al Quran merupakan tenaga yang sangat unik dimana ia dapat mengubah tenaga lain bagi menjadi sesuatu yang amat baik dan sesuai untuk penerima TENAGA tersebut. Madu Manna ini merupakan sebahagian dari rawatan PUSRANI itu sendiri. Inilah konsep rawatan PUSRANI. Rawatan melalui MADU MANNA yang dikumpul semua TENAGA dan dilengkapkan dengan TERAPI Al Quran dan juga ilmu asas dalam kursus Perlindungan Diri & Keluarga PUSRANI itu sendiri bagi setiap kita memagar dan merawat diri KITA semua dengan IZIN Pencipta Al Quran dan pencipta semua tenaga yang disebutkan itu, iaitu Allah S.W.T.

bottom of page