
PUSRANI
Matlamat
Objektif PUSRANI adalah untuk memberi rawatan dan kesedaran kepada setiap orang Islam di Malaysia ini bahawa gejala sihir dan saka ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mereka sedari. Ini berlaku kerana perkhidmatan ilmu hitam ini amat mudah diperolehi di mana sahaja sekarang ini. Melalui Rawatan tenaga (energy healing) berasaskan cahaya (Nur) ini, insyaAllah sama-sama kita kongsikan manfaatnya demi memacu kehidupan dengan kesihatan yang lebih baik.






Produk Kami sertai kami --->
Madu Manna dengan terapi Nur 30 juzuk Al Quran, zikir dan selawat
Rahsia mukjizat Al Quran ini selain menjadi petunjuk kepada orang yang beriman dan ilmu kepada mereka yang berfikir. Ianya juga menjadi penawar kepada berbagai masalah dalam kehidupan. Kehebatan kuasa yang terkandung di dalam Kalam Allah ini begitu kuat sekali sehinggakan boleh meruntuhkan gunung. Bayangkan sekiranya kuasa tersebut digunakan sebagai sumber penawar untuk pelbagai masalah kesihatan samada spiritual, mental atau fizikal.
Dengan mengamalkan meminum produk madu ini, insyaAllah tubuh anda akan sentiasa dipenuhi dengan Nur AlQuran yang menjadi pendinding diri dari gangguan sihir, makhluk halus dan penyakit berjangkit. Ini adalah alternatif mudah kepada pengisian AlQuran ke dalam tubuh selain dari membacanya.
Dengan izin Allah, madu ini telah pun digunakan untuk merawat masalah berikut: Jantung, Hati, Kanser, Kolestrol, Migrain, Gout, Tiroid, Asma, Gastrik, Lemah, Syahwat, Alahan, Hepatitis, Ketumbuhan, Keracunan/toksik, Sihir/Santau, Lemah semangat /fobia/ trauma Lemah Daya Ingatan, Anak degil/ keras hati, Stress/tension Dan 1,001 masalah yang lain.
Khidmat kami sertai kami --->
Bengkel Asas perlindungan diri & keluarga PUSRANI
Bengkel ini ditawarkan pada mereka yang mahukan:
-
Penjagaan diri dan keluarga dari gangguan SIHIR
-
Pengetahuan dalam mengurus SAKA keturunan dengan lebih berhemah.
-
Pencegahan terlibat dengan SIHIR dengan mendalami ilmu berkenaannya.
-
Mendalami DIRI dan kekuatan yang ada pada manusia.
-
Pembelajaran berkenaan kekuatan NUR dalam diri.
-
Kesedaran mendalam tentang kedudukan darjat MANUSIA
Kaedah rawatan yang menggunakan zikirullah sebagai pendinding dan senjata untuk membinasakan jin dan sihir secara dekat atau jarak jauh. Boleh mengalihkan keluar saka keturunan daripada waris.
Modul pelajaran adalah seperti berikut:
1. Pengenalan jenis sihir bawaan jin
2. Pengenalan jenis saka keturunan
3. Pengenalan manusia.
4. Pengaktifan tenaga nur dalam diri.
5. Cara memagar dan membuang jin pada orang lain
6. Kaedah rawatan jarak jauh.
7. Latihan praktikal
8. Soal jawab
9. Tamat latihan
Tawaran Istimewa sertai kami --->
Khidmat Imbasan/Scan berasaskan tenaga secara dekat atau jauh
Pusat Rawatan Alternatif Nur Insan (PUSRANI) menyediakan perkhidmatan scan masalah kesihatan secara percuma untuk membantu pesakit mengenal pasti punca masalah kesihatan yang dihidapi. Secara umumnya, penyakit boleh disebabkan oleh 3 perkara iaitu benda halus (jin), mental (jiwa) atau fizikal (kuman/virus). Sekiranya punca penyakit itu dikenalpasti maka lebih mudah rawatan dibuat dan lebih cepat untuk sembuh.